Posted by: sujak on: September 24, 2008
Tiada apa yang mampu
menggembirakan kami bonda,
melihat seulas senyuman
manismu semula -
setelah berbulan lalu
melihatmu terbaring kaku begitu.
Syawal ini, bercahayalah
sejuta bintang dilangit kelam
di tengah bendang
pondok cinta tersayang
kerana bonda ada di sisi
mengatur kembali langkah,
ke surau kecil di hujung jalan
mengabdikan diri padamu tuhan.
Hiruplah kembali nikmat ini
tataplah sepuasnya wajah kami
syukurilah setiap ujian tuhan
segala doa dimakbulkan
diberi lagi kesempatan
meneguk kembali rahmat tuhan
- berbahagialah [...]
Posted by: sujak on: September 21, 2008
Langit Ramadan menghampiri
detik bahagia itu menanti
melepaskan diri untuk kembali
memahami sunyi diri
di bulan penuh janji.
Kitalah yang masih terlena
tika embun menitis di kayangan
mengharap esok yang sempurna
penuh daya mencari Dia.
Bersyukurlah, buat yang berjaga
bertasbih memohon keampunannya
diri tidak terus terleka – terhanyut
dalam syurga dunia.
Titis embun hilang di depan mata
tidak sedetik menunggu sang alpa!
- KAMAL SUJAK
MMU CYBERJAYA, SELANGOR.
15 SEPTEMBER 2008
(Mingguan Malaysia, [...]
Recent Comments