Posted by: sujak on: December 31, 2007
Akhirnya,
cinta bening itu menitis
di garis keangkuhan -
walau sedalam mana pun
kewarasan terbenam
di dasar kemanusiaan.
Pada titik-titik tidak bersambung,
dia temui kebenaran.
Kini,
di perhimpunan agung itu
dia benar-benar merasai
betapa kerdilnya diri
di sisi Ilahi.
- KAMAL SUJAK
CYBERJAYA, SELANGOR.
12 Disember 2007
(Mingguan Malaysia, 30 Disember 2007)
Recent Comments